Wordpress saya telah di hack, bagaimana untuk menetapkan semula password admin saya?

Jika password wordpress anda telah ditukar ke nilai yang tidak diketahui, anda sentiasa boleh menetapkan semula password anda dengan mengedit database secara langsung. Untuk ini, sila akses menu phpMyAdmin dari Panel Kawalan anda. Pada phpMyAdmin, sila buka tab SQL (lihat di bar navigasi sebelah kiri atas) lalu taip query SQL berikut: UPDATE `wp_users` SET `user_pass` = MD5( 'password_baru' ) WHERE `wp_users`.`user_login` = "username_admin"; "password_baru" - gantikan ini dengan password baru anda ingin gunakan. "username_admin" - gantikan ini dengan username admin anda. Apabila anda selesai mengedit, klik pada butang GO untuk menjalankan query. Mesej hijau menunjukkan bahawa query telah berjaya dijalankan. Selanjutnya, sila login kembali ke halaman admin wordpress anda dengan password baru tersebut.

Share your experience!