Saya perlu untuk menghantar email secara pukal, bolehkah saya menggunakan SMTP eksternal (seperti Google)?

Jika anda perlu menghantar mel secara pukal dengan alamat email domain anda (email@domain-anda.com), dan had 100 email per jam masih terlalu kecil untuk anda, maka anda boleh menggunakan server SMTP eksternal. Kami mencadangkan anda untuk menggunakan perkhidmatan Gmail. Google GMail menawarkan server SMTP percuma yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun GMail. Jika anda tidak mempunyai akaun GMail, sila mendaftar akaun GMail di http://gmail.com Selepas itu, anda hanya perlu untuk mengkonfigurasi aplikasi email client anda supayan menggunakan GMail sebagai server email keluar. Butir-butir yang diperlukan adalah seperti berikut: * Outgoing Mail (SMTP) Server: smtp.gmail.com * Use Authentication: Yes * Use Secure Connection: Yes (boleh TLS atau SSL bergantung pada aplikasi email client anda) * Username: akaun / alamat email GMail anda * Password: password akaun GMail anda * Port: 465 or 587

Share your experience!