Saya melihat halaman kosong / putih (jika laman web berasaskan PHP)

Jika laman web anda berasaskan PHP, masalah yang paling umum adalah kesilapan aksara pada skrip anda. Dengan hanya kesilapan aksara ' atau } atau ; skrip PHP anda tidak akan berfungsi. Anda tidak mendapat mesej error, hanya akan mendapat halaman kosong. 1. Log Error PHP. Anda boleh menyemak sebarang ralat / kerosakan yang sedang berlaku melalui Log Error PHP dari Panel Kawalan anda. Jika anda tidak mendapat mesej error apapun, tutorial berikut akan menunjukkan anda bagaimana cara menghidupkan pelaporan error PHP pada laman web anda: http://php.about.com/od/troubleshooting/qt/php_error_reporting.htm tutorial 2. Sentiasa uji kod anda. Jika anda sentiasa menguji selepas menambahkan skrip, kemudian anda menghadapi masalah ini, maka umumnya lebih mudah bagi anda untuk mencari dimana letak kesilapannya. 3. Cuba editor berkod warna. Banyak editor PHP berkod warna untuk membantu anda menyemak sebarang kesilapan pada skrip anda. 4. Berikan komen pada skrip anda. Salah satu cara untuk mencari kesilapan pada kod anda adalah dengan memberi komen pada skrip anda. Mula tambahkan komen di bahagian atas, kemudian lakukan uji echo () di atas komen tersebut. Jika echos berjalan baik, ini bermakna bahawa kesilapan ada di bawah komen anda. Pindahkan komen anda ke bawah dan uji lagi sehingga anda mendapati masalah anda. Namun jika anda pasti bahawa skrip anda tidak ada mempunyai kesilapan, maka halaman kosong tersebut boleh berlaku kerana sekat dari pemeriksaan hacking dan phishing yang dilakukan secara rambang oleh sistem kami. Untuk itu, sila hubungi kami melalui borang soalan ataupun menu Pusat Bantuan anda.

Share your experience!